10/31/2010

Tido,Tido,Tido.

Tido.apew yang best sangat entah dengan tido tuh.tapi aku rasa best kowt.sebab tido yang paling lame aku pena tido adalah selama 3hari and 2malam.ada orang cakap tido macam hantu tuh.tp syok gila seyh.nak2 klo dapat tido tanpa gangguan samada daripada "roomate" or sapew2 lah yang korank rasa ancaman sangat tuh.kalau cerita pasal tido nih aku paling benci kalau tido dalam bilik yang ada orang berdengkur.kalau ak dengkur tuh laen cerita lah kan.tp mostly aku jaranglah nak berdengkur.adalah mamat nih dalam bilik aku yang suke sangat berdengkur.rasa macam nak sumbat jew mulot dye dengan apew2.naseb baek aku nih jenis yang baek kan.kalau tak nahas budak tuh kene dengan aku.adew jugak yang suke tido and gelak2.cam pelikkan??tapi tuh lah aku.aku kalau dah letih yang teramat sangat mulalah nk gelak2 mase tido.sapew yang jadi roomate aku tuh kene lah sabar jew dengan karenah aku nih.pernah sekali tuh roomate aku time aku diploma melompat ketakutan sebab aku gelak besar time aku tido.nak2 plak besok tuh dya nak ambik final exam.time aku gelak besar tuh,roomate aku n kawan2 dye tengah tengok picture hantu dalam OH!tidak.pergh aku time tuh memang dah x sedar lah kan apew yang aku buat.haha.

Final dah nak dekat.tapi aku macam takde kesedaran langsung.hurm,kalau dah dapat 3 pointer kebawah nanti baru lah nak insaf kan.haha.rasa macam nak study tapi cam malas.asal slalu aku rasa macam tuh huh?syaiton banyak sangat kowt.sampai aku nak blaja pon dowang siap naek atas kapla aku pastuh suh aku tido.oik?adew plak kaitan cerita ni dengan tido.aku ingat aku taip nih dh mamai sampai xdew related dengan tajuk nih.haha.jap2 aku search kat google pasal tido mane tw adew banyak info pasal tido nih.haha.

From Petuasejagat.blogspot.com,


Lazimnya, masalah tidur berdengkur ni sering menghantui kaum lelaki. Di kalangan wanita pula, jarang kita dengar mereka tidur berdengkur. Kalau ada pun peratusannya agak kecil kot. Atau kalau berdengkur pun, bunyinya mungkin tak sekuat dengkuran si lelaki.

Sebenarnya, berdengkur ni bukanlah sesuatu yang merbahaya. Masalahnya sekarang, kadangkala dengkuran yang kuat ni boleh menganggu orang lain. Orang yang berdengkur tu bukannya sedar, kan? Pasangannya, teman sebilik dan orang yang tidur di sekitarlah yang terasa. Kalau tumpang tidur kat rumah orang, masalah ni boleh menimbulkan rasa malu gak.





Untuk makluman anda, ada satu petua untuk orang yang ada masalah tidur berdengkur nie. Iaitu gunakanlah kelebihan buah badam.





Cara-caranya;

1. Sediakan 7 biji buah badam.
2. Tumbuh kesemua badam tu sampai lumat.
3. Kemudian, campurkannya dengan air susu suam dan kacau hingga sebati.
4. Kepada yang ada masalah berdengkur tu, bolehlah minum air tersebut.

nih pulak pasal adab tidur dalam islam,

Rasulullah s.a.w memberikan contoh yang baik untuk tidur dengan doa-doa yang lengkap. Tidur itu sendiri sebenarnya mempunyai adabnya yang berlandaskan ajaran Islam, antaranya ialah:

a) Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi s.a.w membenci untuk tidur sebelum Isyak.

b) Berwuduk sebelum tidur. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Jika kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat.”

c) Mulakan tidur atau baring atas rusuk kanan sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada al-Barra´: “Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan.”

d) Jangan tidur dengan cara meniarap atau menekan perut kerana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka.”

e) Amalkan membaca doa-doa tidur sebelum dan sesudah bangun dari tidur seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Ringkasnya, pengajaran Islam dalam persoalan tidur memberi penekanan bahawa tidur itu sebahagian daripada nikmat yang diberikan Allah. Demikianlah, ajaran-ajaran Islam yang begitu sempurna merangkumi segala persoalan harian hidup.

Subhanallah, tidak terfikirkah kita, sehingga ke aspek tidur sekalipun Islam ada menggariskan cara yg terbaik.

Wassalamualaikum warahmatullah.

No comments:

Post a Comment