11/02/2010

*sambungan entri~



pagi tadi aku bangun lambat lagi. arghhh. macam biasalah kan mornin aku pada jam 5ptg. so bangun-bagun jew terus roomate aku ajak pegi joging. penat jugalah sebab dah lamakan aku dah tak bersukankan. terlonggarlah sedikit urat-urat aku yang dah lama tidak diregangkan nih. haha. rasa macam nak tidur tapi tak mengantok. rasa nak study tapi malaslah pulok. bagus buat apew eah?haha. layan cerite pulak dah buhsan pulak. huhu. 

*sambung entri pasal arwah nenek aku.
sekali lagi aku tidak dapat menunjukkan gambar arwah nenek aku sebab banyak jugak lah kerje kalau nak kasi korank tenguk. 1.aku kene scan gambar lama-lama tuh balik. 2.kene save and upload kat dalam nih. so banyak kan kerje.huhu.and by the way,semua gambar-gambar lama tuh berada di rumah aku.sekrank nih aku berada di kolej. satu hal lagi kan nak balik rumah kat ampang.huhu.

nenek aku meninggal mase seminggu lagi sebelum raya time mase aku form 5.bagi sesiapa yang lahir pada tahun 1989 so korank tahu lah bile mase itu berlaku. huhu. arwah nenek aku mempunyai penyakit kencing manis. so everyday kene cek kandungan gula dalam badan and kalau berlebihan aku terpakse lah kene cucuk insulin dalam badan dya tuh pon adew sukatan yang tertentu. so korank bayangkan lah betapa kecian nyer arwah nenek aku time tuh.dye slalu jew meracau sebab macam dh tak bermaya lah kalau gula yang tinggi dalam badan. so aku nih pulak time tuh stay dekat hulu langat batu14. so dari hulu langat nak kew kampung pandan. too far wei~.tapi nak buat camne. aku terpakse lah datang kat rumah nenek aku tuh and lepas tuh baru aku pergi kew sekolah.

apew de hal lahkan masuk skola jam 9am sebab menolong nenek aku kan. tapi time tuh cikgu pon nak mara macam dah x boleyh dah sebab aku nih memang masuk lewat jew. nak suruh aku datang awal susah jugak sebab aku daripada hulu langat. payah beb. aku terpakse tukar 2 bus setiap pagi untuk sampai kew kampung pandan or ampang. nak di sedeykan cerite lagi. pada tahun tuh aku mengambil sijil pelajaran malaysia (SPM). so korank bayangkan lah yang aku stress kew tidak.

bukan aku nak bebalkan nasib hidup aku yang malang nih.just bila teringat-ingat balik rasa macam ALLAH betol-betol nak menguji aku. namun kawan-kawan yang dekat dengan aku macam aiman amir,kamal,hanif,zaty,ajja and semua yang lain ada disamping aku. aku gembira jela. huhu. macam entri sebelom ini kan. aku nih jenis yang akan happy dekat depan orang lain but jauh disudut hati aku nih kecewa,sedey and macam-macam lah lagi. 

cerite di cepatkan~
result spm pon sudah keluar. so aku just dapat 3a jew. but sebelum itu biar aku cerite sedikit pasal perjanjian aku dengan ayah aku mengenai result spm. aku telah berjanji dengan ayah aku untuk mendapat 10a sebab pada masa itu aku berharap sangat nak keluar daripada MRSM Kuantan. aku dah tak tahan dah time tuh. not homesick okay. just stress sebab semua jawatan aku nak pegang. so bz lah kan. aku lah ketua kelas, aku lah ketua homeroom and apew ntah lagi jawatan lagi satu tuh aku dah lupe dah. so aku pon benar-benar stress and pada tanggal 23 haribulan 4 iaitu pada hari jadi aku. aku memohon untuk pertukaran dan sebagai galang ganti aku terpakse untuk mendapatkan 10a jika bersekolah disekolah harian biasa.

selepas sahaja aku mendapat result spm yang teruk tuh. sehari, sebulan, setahun aku tidak rapat dengan ayah aku. mama aku cakap. kalau dahulu ktowng (ayah+mama) dah mendengar dan memenuhi permintaan kau. so in return sekrank ko pulak yang kene dengar cakap kami. so aku pon menghulurkan borang UPU untuk diisi oleh mama and ayah aku. so bila result UPU dah keluar. aku pon mula sibukkan diri dengan pergi kew cyber cafe untuk melihat result tuh. so mama aku pon just bagi duet blanjew tapi banyak sikit pada hari itu. aku pelik. kenapa macam berlebih sangat dengan duet belanjew pada hari itu.

aku pon print terus result dan terus simpan didalam beg tanpa melihatnya. sebab pada masa itu aku sudah kesuntukan masa untuk terus menyertai kawan-kawan aku yang lain untuk keluar tenguk wayang. so sesampai dirumah pada jam 3 am. mama aku senyum dan menanyakan apakah result UPU itu. lalu aku menyerahkan result itu dan mama aku berkata "bagus juga ko dapat dekat upm bintulu.bagus. bila kta nak beli barang.nak beli barang-barang dekat sini or kat sana??". aku pon terus melulu menuju ke mama aku dan aku melihat...

dem dem dem.asal dekat UPM Kampus Bintulu?arghhh.dah lah jauh.macam mane aku nak hidup dekat sane kan.dah lah kawan aku tak adew.arghh.memang pening kowt mase tuh.huhu. tapi aku pergi juga ke bintulu tuh. 

-tammat-

No comments:

Post a Comment