5/04/2011

hari terakhir~

salam.
aku rasa diri aku nih dah cukup tahan dengan semua dugaan. so pada hari ini, aku rasa teramat sangat tenang sebab aku dah melepaskan suatu benda yang aku rasa sangat terbeban. perasaan marah, penat, benci, suka, duka, dan macam-macam lagi yang dahulunya seolah-olah berbaur kini lenyap dalam satu malam. aku sekarang kosong. kosong dengan perasaan. jika dahulunya aku mendengar lagu sambil aku terasa sorang-sorang. sekarang tak lagi. dahulunya aku rasa stress apabila markah aku jatuh atau orang menyindir aku. kini tidak lagi. aku tak tahu kenapa ada perasaan seperti kosong, dan lega yang teramat sangat. aku akui yang aku nih bukanlah manusia yang beramal ibadat dengan mengikut waktu dengan tepat dan tidak juga sesempura manusia lain. tapi aku tidak tahu kenapa yang ALLAH memberikan aku ketenangan dalam masa yang begitu singkat. aku takot. aku takot kalau-kalau DIA mengambil nyawa aku dalam masa yang singkat ini. aku tak tahu adakah ini petunjuk dariNYA. atau aku sendiri yang terasa sebegitu rupa.

pada hari ini, aku rasakan jam-jam yang aku lalui terasa semacam. semacam rasa tenang. masa yang beberapa jam seolah-olah lambat. lambat sangat. sehinggakan semua perkara yang aku impikan akan berlaku dan ianya berlaku. aku tidak meminta simpati daripada sesiapa. dan aku juga menulis ini bukan hanya untuk meluahkan perasaan aku sahaja. jika terdapat segelintir insan yang merasakan sebegitu. lebih baik anda menutup sahaja blog ini dan teruskan dengan hal anda yang lain. memang blog ini ditulis hanya untuk memberikan kesedaran dan pandangan serta membuka mata insan-insan yang bergelar kawan. blog ini juga bukan hanya sekadar luahan diri aku semata-mata. hanya ingin menunjukkan kepada anda yang tidak mempunyai kesusahan dan dugaan yang sebegini rupa. memang aku akui yang terdapat banyak lagi permasalahan yang timbul didalam diri anda atau rakan-rakan disekeliling anda. dan anda harus paham yang diri anda bukan seperti diri insan yang lain.

sepanjang semester ini, aku merasa terdapat pelbagai pengalaman samada yang pahit, manis, suka, duka, erti pengorbanan, erti persahabatan dan banyak lagi. jika anda seorang yang suka akan blog yang mengenai hiburan dan keseronokan. dan ini bukanlah blog yang sesuai bagi anda. dan jika anda adalah seorang yang suka mengetahui kehidupan orang lain dan ingin merasakan keperitan hidup insan lain. inilah blognya. adakalanya kita akan suka, adakala kita sedih. namun semua yang terjadi itu adalah takdir yang telah ditentukan.

ada beberapa kawan aku pernah berkata yang "tuhan tidak akan menduga dengan sebegitu berat jika seseorang itu tidak dapat menanggungnya". ada juga yang mengatakan, "hidup ini bagaikan roda, adakalanya kita mendapat susah dan adakalanya kita akan mendapat kegembiraan". semua kata-kata itu kadangkala memang betol dan ianya selalu menghantui aku. kadangkala jika terdapat permasalahan yang timbul, aku akan sentiasa mengingati kata-kata ini sebagai penghibur hati. sebelum terlupa, ada juga yang mengatakan kehidupan ini sentiasa berbalik-balik. maksudnya, apabila kita melakukan sesuatu yang jahat kepada sesiapa, nescaya sesorang itu akan pasti mendapat balasannya. cuma bila dan masa sahaja yang boleh membuktikan kebenarannya.

bercakap mengenai kebetulan. terdapat beberapa pandangan yang mengatakan mengenai kebetulan. kadangkala kita menganggap ianya adalah perkara yang remeh dan tidak perlu difikirkan. namun, jika anda bermuhasabah diri dan melihat persekitaran anda. pasti akan ada kebetulan yang seakan-akan sudah dijangka dan ditetapkan. kadangkala anda akan merasa pening jika memikirkannya. aku yang selalunya mentafsir dan meneliti persekitaran sekeliling(pergerakan orang sekeliling) sentiasa merasakan akan ada kebetulan, sebab dan kenapa sesuatu perkara itu terjadi.

berbalik kepada tajuk asal, pengakhiran bagi segalanya telah jelas. dan kini aku kembali kepada diri aku yang sebenar-benarnya. aku terasa seolah kosong sangat. kosong bukan kerana tiada sesiapa yang mengisi kekosongan dihati. namun, kosong terhadap perasaan. aku kini tidak endah mengenai perasaan orang lain dan tidak lagi mengambil endah mengenai permasalahan orang lain. adakah itu mementingkan diri? mungkin setelah apa yang aku telah alami samada ditipu, diherdek, diabaikan dan diperbodohkan membuatkan aku seakan-akan terkasima buat seketika didalam membuat pertimbangan. mungkin juga dengan apa yang telah aku alami beberapa hari yang lampau mengajar aku erti kekosongan dan mementingkan diri sendiri daripada orang lain. aku bukan begini. aku kadang-kadang tak faham kenapa ini boleh berlaku. dahulunya aku rasa macam mahu mengulang balik waktu yang lampau dan memperbaikinya. kini aku merasakan perkara sedemikian adalah seolah sia-sia. aku seharusnya memnadang kepada apa yang akan terjadi pada masa hadapan dan pada masa yang berlaku semasa. aku rasa cukuplah dengan selama ini aku menjaga perasaan orang lain. namun orang lain tidak juga menjaga perasaan aku. aku rasa sangat bodoh. tersangatlah bodoh. maka dengan secara rasminya aku membuat malam ini adalah hari terakhir aku untuk menjaga hati dan perasaan orang lain. dan tamatnya suatu buku lama yang pahit dan aku cuba membuka buku baru.

sekian~

2 comments:

  1. kadang2 kita perlu rasa jatuh terduduk utk kita bangun berdiri tegak.
    kadang2 kita perlu buat kejam untuk pulihkan hati kita.
    kadang2 kita perlu sakit dan kosong untuk rasa menghargai setiap hari mendatang
    itu semua perlu bila ...rasa kita sudah tiada.
    our sense dah berkecamuk..
    tapi sedar tak sedar kita dah banyak merosakkan peluang kita, so jangan terlalu lama memendam perasaan tu k. orang yang hebat adalah orang yang cepat menyesuaikan diri dengan perubahan.

    ReplyDelete
  2. thx for your comment. ia sangat membantu. memang setelah beberapa jam aku fikir mengenai hal ini. aku rasa aku perlu untuk tidak memendam perasaan-perasaan sebegitu. thx anyway. menyesuaikan diri memang selalu aku buat dan aku memang orang sebegitu. tapi ia memerlukan masa dan faktor yang membuatkan semua permasalahan yang timbul itu hilang...
    btw, thx, jika ada apa2 yang rasa boleh di share mengenai perkara-perkara begini. aku minta anda meninggalkan sebarang comment dan jejak. terima kasih sekali lagi....

    ReplyDelete