10/08/2011

Hari Yang Menenangkan

Salam.untuk hari ini aku bangun pun dah lambat dan macam biasalah kalau aku dah ade dekat rumah, jadual aku mesti ada part hantar mama aku dekat lrt cempaka.pagi tadi lambat bangun.abis bising mama.keluar je bilik buat sengih-sengih supaya mama tak mara aku.lepas hantar mama.ingat balik nak sambung tido.sekali lappy seru suruh tenguk leverage season 2.drag dah masa.lepas tuh aku terplan nak pergi bayar bil broadband aku.dah tertunggak kowt.bila nak bayar duet tak cukup.oleh sebab malas,aku cakap dengan abg kaunter tuh yang aku nak bayar separuh je.sekali bole pulak.lepas bayar,aku terus jumpa megat dekat kopiclub(lowyat).lepak-lepak sekali dia cakap unifi kat oldtown laju.aku serbulah oldtown.sekali dan dan je dorang tutup wifi.terus angkat phone call si megat.megat pulak dengan semangat datang oldtown dengan meninggalkan kedai kopiclub jagaan dia tuh.bukan maen lagi.haha.aku try download games,tapi transfer rate dia macam siput mengawan.bapak slow nak mati.nak dipendekkan cete,aku pon abiskan air cokelat plus roti bakar dan menuju ke megat.mencarut-carutlah aku dengan megat dekat kopiclub tu.lepas tu aku minta diri balik dan sampai kat rumah.jam pada waktu tu dalam pukul445,aku baring atas katil dan ingat nak lelap-lelap ayam,sekali lelap kambing.mama terbalik awal pulak.hurm,kelam kabut siap turun bawah capai moto.moto dah start,enjin dah panas,sekali hujan pulak turun.aku call mama.mama cakap suruh redah je.nasib baek aku tak dressup macam nak pergi klcc.kalau tak lecun lah wei.lepas ambik mama dan sampai rumah.perut buat tarian cina pulak.aku tenguk dalam peti,sekali peti kosong.yang aku nampak maggie ayam,sardin,sebiji telur dan bebawang.ape lagi buat recepi barulah.nak turun order dekat mamak malas.sebab moto dah kene kunci.jadi memasaklah aku.btw,mama dah siap-siap tido dalam bilik siap lock.tuh yang tak dapat nak suruh mama masak untuk aku. tammat

No comments:

Post a Comment