5/05/2011

penutupan sementara~

salam.
aku dengan ini mengistiharkan bahawa aku akan meninggalkan blog aku kembali buat seketika bagi melepaskan 2lagi paper final aku yang aku rasa mungkin perlu untuk pemerhatian yang lebih. aku takot yang markah aku akan jatuh. cukuplah dengan hati dan perasaan aku yang telah jatuh. aku tak nak yang markah aku untuk semester ini juga mendapat nasib yang sama. namun aku pun sudah menjangka yang keputusan semester yang kurang daripada 3.0. bukan itu yang aku pinta. aku harap sangat yang aku dapat cuba untuk mengubahkan keputusan itu kepada yang lebih baik. so aku akan meninggalkan kornak iaitu sahabat maya blog ini sementara sehingga 8hb may ini. selepas daripada itu, aku akan menyambung penulisan mengenai hidup aku ini. aku rasa blog ini adalah hidup aku. kawan aku. hati aku. dan segala-galanya.

sekian.

5/04/2011

hari terakhir~

salam.
aku rasa diri aku nih dah cukup tahan dengan semua dugaan. so pada hari ini, aku rasa teramat sangat tenang sebab aku dah melepaskan suatu benda yang aku rasa sangat terbeban. perasaan marah, penat, benci, suka, duka, dan macam-macam lagi yang dahulunya seolah-olah berbaur kini lenyap dalam satu malam. aku sekarang kosong. kosong dengan perasaan. jika dahulunya aku mendengar lagu sambil aku terasa sorang-sorang. sekarang tak lagi. dahulunya aku rasa stress apabila markah aku jatuh atau orang menyindir aku. kini tidak lagi. aku tak tahu kenapa ada perasaan seperti kosong, dan lega yang teramat sangat. aku akui yang aku nih bukanlah manusia yang beramal ibadat dengan mengikut waktu dengan tepat dan tidak juga sesempura manusia lain. tapi aku tidak tahu kenapa yang ALLAH memberikan aku ketenangan dalam masa yang begitu singkat. aku takot. aku takot kalau-kalau DIA mengambil nyawa aku dalam masa yang singkat ini. aku tak tahu adakah ini petunjuk dariNYA. atau aku sendiri yang terasa sebegitu rupa.

pada hari ini, aku rasakan jam-jam yang aku lalui terasa semacam. semacam rasa tenang. masa yang beberapa jam seolah-olah lambat. lambat sangat. sehinggakan semua perkara yang aku impikan akan berlaku dan ianya berlaku. aku tidak meminta simpati daripada sesiapa. dan aku juga menulis ini bukan hanya untuk meluahkan perasaan aku sahaja. jika terdapat segelintir insan yang merasakan sebegitu. lebih baik anda menutup sahaja blog ini dan teruskan dengan hal anda yang lain. memang blog ini ditulis hanya untuk memberikan kesedaran dan pandangan serta membuka mata insan-insan yang bergelar kawan. blog ini juga bukan hanya sekadar luahan diri aku semata-mata. hanya ingin menunjukkan kepada anda yang tidak mempunyai kesusahan dan dugaan yang sebegini rupa. memang aku akui yang terdapat banyak lagi permasalahan yang timbul didalam diri anda atau rakan-rakan disekeliling anda. dan anda harus paham yang diri anda bukan seperti diri insan yang lain.

sepanjang semester ini, aku merasa terdapat pelbagai pengalaman samada yang pahit, manis, suka, duka, erti pengorbanan, erti persahabatan dan banyak lagi. jika anda seorang yang suka akan blog yang mengenai hiburan dan keseronokan. dan ini bukanlah blog yang sesuai bagi anda. dan jika anda adalah seorang yang suka mengetahui kehidupan orang lain dan ingin merasakan keperitan hidup insan lain. inilah blognya. adakalanya kita akan suka, adakala kita sedih. namun semua yang terjadi itu adalah takdir yang telah ditentukan.

ada beberapa kawan aku pernah berkata yang "tuhan tidak akan menduga dengan sebegitu berat jika seseorang itu tidak dapat menanggungnya". ada juga yang mengatakan, "hidup ini bagaikan roda, adakalanya kita mendapat susah dan adakalanya kita akan mendapat kegembiraan". semua kata-kata itu kadangkala memang betol dan ianya selalu menghantui aku. kadangkala jika terdapat permasalahan yang timbul, aku akan sentiasa mengingati kata-kata ini sebagai penghibur hati. sebelum terlupa, ada juga yang mengatakan kehidupan ini sentiasa berbalik-balik. maksudnya, apabila kita melakukan sesuatu yang jahat kepada sesiapa, nescaya sesorang itu akan pasti mendapat balasannya. cuma bila dan masa sahaja yang boleh membuktikan kebenarannya.

bercakap mengenai kebetulan. terdapat beberapa pandangan yang mengatakan mengenai kebetulan. kadangkala kita menganggap ianya adalah perkara yang remeh dan tidak perlu difikirkan. namun, jika anda bermuhasabah diri dan melihat persekitaran anda. pasti akan ada kebetulan yang seakan-akan sudah dijangka dan ditetapkan. kadangkala anda akan merasa pening jika memikirkannya. aku yang selalunya mentafsir dan meneliti persekitaran sekeliling(pergerakan orang sekeliling) sentiasa merasakan akan ada kebetulan, sebab dan kenapa sesuatu perkara itu terjadi.

berbalik kepada tajuk asal, pengakhiran bagi segalanya telah jelas. dan kini aku kembali kepada diri aku yang sebenar-benarnya. aku terasa seolah kosong sangat. kosong bukan kerana tiada sesiapa yang mengisi kekosongan dihati. namun, kosong terhadap perasaan. aku kini tidak endah mengenai perasaan orang lain dan tidak lagi mengambil endah mengenai permasalahan orang lain. adakah itu mementingkan diri? mungkin setelah apa yang aku telah alami samada ditipu, diherdek, diabaikan dan diperbodohkan membuatkan aku seakan-akan terkasima buat seketika didalam membuat pertimbangan. mungkin juga dengan apa yang telah aku alami beberapa hari yang lampau mengajar aku erti kekosongan dan mementingkan diri sendiri daripada orang lain. aku bukan begini. aku kadang-kadang tak faham kenapa ini boleh berlaku. dahulunya aku rasa macam mahu mengulang balik waktu yang lampau dan memperbaikinya. kini aku merasakan perkara sedemikian adalah seolah sia-sia. aku seharusnya memnadang kepada apa yang akan terjadi pada masa hadapan dan pada masa yang berlaku semasa. aku rasa cukuplah dengan selama ini aku menjaga perasaan orang lain. namun orang lain tidak juga menjaga perasaan aku. aku rasa sangat bodoh. tersangatlah bodoh. maka dengan secara rasminya aku membuat malam ini adalah hari terakhir aku untuk menjaga hati dan perasaan orang lain. dan tamatnya suatu buku lama yang pahit dan aku cuba membuka buku baru.

sekian~

5/03/2011

pengakhiran yang sama~

ada korank pernah terpikir + terasa + melalui situasi yang pengakhirannya mempunyai impak yang sama saja?. maksudnya, kalau kornak pilih jalan yang terbaik pon korank still akan dapat impak yang sama seperti kornak memilih jalan yang tak baik.

so aku dah dapat rasa yang pengakhiran macam tuh. walau macam mana pon aku cuba untuk memperbetulkan keadaan. walau macam manapon aku cuba berusaha untuk mengubah pengakhiran situasi itu namun, tetap jugak merasa impak yang sama. aku tak nak terangkan pasal situasi yang aku alami ini. tapi buat masa sekarank nih aku dah cukup tenang dengan apa yang aku telah buat. aku tak rasa macam nak patah balik masa dulu sebab hanya orang yang lemah jew asik memikirkan dan sentiasa mengingat perkara yang telah lepas. walaupon aku bukan lah orang yang jenis asik pandang ke depan jew. tapi aku rasa aku cuba untuk mengubah diri kepada yang lebih baik. aku tak tahu pulak kalau ada orang yang jenis yang tak perasan dengan kelemahan diri sendiri dan tak cuba untuk memperbaikinya. masa menentukannya kew?hurm. itu adalah alasan semata-mata. jika seseorang itu betul-betul nekad untuk mengubah diri mereka. mereka pasti dapat mengubah diri mereka. aku masih teringat lagi ayah aku pernah menasihati aku mengenai "ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yang berusah mengubahnya". aku sentiasa pegang cakap bapak aku tuh. even memang susah pon nak ubahkan diri sendiri kan? tapi memang boleyh kn?so chayok-chayok~

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

pertanyaan umum...
apa yang korank rasa jika kawan yang korank rasa macam dah betol-betol kawan dengan korank tapi macam tak kawan jew same korank?tipu korank, abaikan korank, n macam2lah lagi.hurm. mesti adew kan? mesti korank ada rasa macam nak bia jew kawan jenis macam tuh kan? tapi apew yang korank boleh buat jika kawan korank tuh still pretending? still mesra buat-buat macam tak adew masalah yang pernah berlaku? apew reaksi korank? huhu...

p/s : comment kat bawah tuh yew.hehe...

Insiden nasib malang tukar tayar moto aku.

geram tol aku hari nih. dah lah tak tido lagi dari semalam. tetibe adew insiden yang macam !@#$%^...geram tol. arghhh demet tol. meh sini aku cerite dari awal lah. apew yang terjadi hari nih kan. tension tol.

start~
aku dari semalam lepas update post yang semalam tuh then tak tido lagi. aku edit assignment tanaman makanan aku. lepastuh dalam pukul 7.00 aku mandi dan aku terus pergi ke sri serdang sebab nak print kan. namun, dalam poket aku just adew rm1 jew. so aku pon tebalkan muke untuk pinjam duet same kawan aku. *name xperlu nak letak kowt. pagi tadi hujan. so naek lah kereta sebab moto aku tayar dah rabak bocor. memang plan aku nak tukar pon tapi ajal dye sampai sebelom aku sempat menukarnya. so aku pon naek kereta sama suki. sampai jew kat library upm, aku turun and naek bus sampai ke old flat untuk print. so aku pon print nota menggunakan duet kawan aku tuh. lepas jew print aku terus jalan kaki dalam hujan lepas tuh aku pon sampai jew dekat fakulti lepastuh aku jumpe dengan farhan, so aku pon tanye dye dekat mane nak hantar assignment tuh kan. lepas tuh aku sambung lagi jalan sambil dengar aku punyer iphone. tetibe suki call nak balik same. then aku pon terus lari pergi ke kereta. lepas tu dah naek kereta aku pon terus pergi cimb kat pentadbiran untuk keluarkan duet. semasa dalam perjalanan aku adew call bapak aku. then dah sampai kat cimb jew sekali bapak aku tak masukkan lagi. then ingat nak claim kan duet suki kene sedut tanpa keluar di cimb pertonas, sekali semua sistem down. stress betol aku dan suki. huhu. geram plus bermaki-maki pon adew jugak tadi. huhu.

lepas jew kes kat cimb tuh. aku terus patah balik same suki balik ke fakulti untuk tunggu suki abis discussion same group dye. then skali lagi, suki cakap lecterer dye masuk opis dalam pukol 1130 macam tuh. jam time tuh pukul 1015 kowt. so aku cakap aku nak tunggu dye dekat fakulti perhutanan tuh. aku pon tunggu lah dengan tak kisah nyer dekat main hall fakulti perhutanan tuh. sekali kene gigitan nyamuk yang bertubi-tubi membuatkan aku lagi stress. stress bukan sebab tunggu lame. stress sebab kene gigit. fakulti perhutanan memang berhutan menyimpan nyamuk. haha. lepas tuh aku terus pergi ke luar untuk duduk dekat luar. suki pon datang, lepas tuh dye cakap nak hantar aku balik. so aku pon kecian lah dekat dye sebab baru abis test yang tak tido semalam lepas tuh kene hantar aku balik ke kolej pulak kan. so aku mengambil langkah plan b untuk balik sendiri.

sesampai jew aku di kolej. baru jew nak lelapkan mate. sekali ayah aku call aku. dye cakap yang dye dah bankin duet untuk duet belanje aku plus duet ganti moto. aku pon terus happy and try nak cari spana hidup untuk bukak tayar belakang dengan rasa confidentnya. sekali pusing punye pusing dapat lah sepana hidup. aku try bukak one bolt tuh dengan spana hidup tuh. sekali susah dah. so aku pon berlegar-legar dekat parking motor tuh dengan beranggapan yang adew orang akan tolong aku setelkan tayar aku tuh. lepastuh tetibe suki pon datang. dye cakap dye nak kasi teman aku jalan pergi kedai moto and servey harga tayar tuh brapa plus ambik duet dekat cimb petronas. sesampai jew dekat petronas. hurm sungguh mengecewakan yang atm tuh pon tak boleh jugak nak keluarkan duet sama dengan cimb dekat pentadbiran tuh. so macam biasa lah bermaki-maki aku lagi. so ammount yang dapat aku keluarkan just rm100 jew sebab atm maybank just boleh withdrw rm50 jew kan. aku pon berpikir lagi. nak tukar tayar ke tak. aku pon terus balik same suki selepas beli rokok malboro dan pisang goreng.

sampai jew kolej suki terus tido kat bilik sebelah and aku masuk bilik edy nak try tido untuk relek kan mata kunonnya. sekali stress bertubi-tubi datang lepas tuh aku pon terus bangun and ajak edy untuk teman aku pergi ke kedai moto. first-first ingat nak bawak jew moto terus ke kedai baiki tuh. bila aku naik jew moto tuh. nahhh!!leper abis bos. apa kau pikir kalau teda angin plus berat aku tuh. bertambah-tambah lah bha kimpes dya kan?. lepas tuh aku terus jew cakap dengan edy yang aku nak upah jew orang kedai motor tuh datang kolej walaupon duet kat tangan aku just adew rm70 jew. so aku and edy pon naek moto dan terus pergi kekedai moto tuh. sesampai jew aku and edy kat kedai tuh, uncle tuh cakap sekali pasang rm80. perghhh. aku pandang edy. edy pandang aku. buat-buat sign nak pinjam duet lah kan. sekali edy geleng-geleng dan cari jalan nak keluar kan duet. aku ada bagi tahu si edy pasal kes cimb tuh. dye insist jugak nak tolong aku and keluarkan duet dya rm50 kat maybank. nasib baek lah adew kawan yang macam tuh. walaupon edy memang tak adew duet aku rasa tapi dya sanggup nak tolong aku tambah rm10 tuh.

jap-jap. lupe pulak. sebelum kedai uncle tuh aku and edy adew jugak tanye dekat kedai lagi satu tuh. korank tahu apew dye cakap?. dye cakap nak bawak moto aku dari kolej ke kedai dye naek lori. kos lori lain cete. apew kes kan??so bertambah-tambah lah lagi kos nak tukar tayar aku kan?.itu yang aku and edy ambik keputusan nak pilih tukar tayar dengan kedai lagi satu tuh. tapi agak rumit dan stress sikit lah. aku kene bawak mamat dari kedai tuh pergi ke kolej untuk bukak tayar then patah balik ke kedai dye untuk isi tayar plus pam tayar baru tuh. then patah balaik ke kolej untuk install part tayar tuh. so rumit kan?itulah aku alamai selama 2 jam atas moto menyaksikan mamat tuh bukak tayar aku dengan rakusnya dan ikowt balik ke kedai moto dya. so aku nak pendek kan cerite yang tayar moto aku tuh dah siap pasang dan terdapat calar-calar dekat coverset aku tuh.*mampos kene mara sama adik aku tuh nanti sebab moto tuh adik aku yang punyer. bukan aku pon.

lepas jew kes moto tuh, aku try balik bilik nak tido. sekali adew kawana aku sorang nih tanya pasal kunci. dan seingat aku, aku dah bagi kunci loker plus bilik dya sama kawan aku lagi sorang nih. lepas tuh kawan aku yang hilang kunci nih tak perasan pon yang kunci tuh adew dekat sebalh dye. wtfruit kan?maybe dye rabun kowt sebab tuh dye suruh aku and kawan lagi sorang tuh carikan. tapi lepas jew jumpe kunci tuh. dye mara-mara plus bermaki-maki lagi sama aku. bukan aku yang salah pon kan? so pengakhiran cerite ini adalah aku stress sampai naip blog dekat balkoni kolej mengadap bustop tanpa rasa malu dan segan. dem sungguh hari aku nih. aku nak try tido pon macam susah dah. banyak sangat masalah yang aku dapat pada hari ini. aku pon tak tahu kenapa. ini lah dugaan tuhan. huhu.

sekian~

5/02/2011

Saiko!!!!

Olla~
malam nih aku just nak cakap yang kengkawan aku memang saiko lately sebab ajak aku tenguk wayang time-time aku nak final. aku nak ikowt!!!!seyes dah lame tak tenguk wayang. last post kan aku dah bagitau korank yang aku terlepas muvee lagi. so tak kan aku nak miss another movie lagi kan?arghh. adew kew dorang plan nak pergi tenguk movie on 5...aku adew test~huhu...see this!!!!...


kalau korank nampak lah aku still adew paper on 4,6, dan 8 hari bulan. tapi otak aku dah start cakap. jom tenguk movie jom tenguk movie. sandi owh. huhu. aku nak jugak join xpedulik. korank tunggu jela post aku akan datang pasal terkeluar tanpa sengaja kew. hehe. 

aku adew jugak nak story kat korank pasal mende yang merah-merah kat atas tuh.*pasal attenden aku.huhu. nih semua pasal aku busy on mgp kowt. huhu. *asik-asik nak salahkan orang lain jew kn. btw, salah aku jugak yang tak nak datang class tuh apasal kan? kan dh merah-merah. 

tapi aku dah lega dah. paper yang merah-merah tuh aku dah setelkan tulis surat untuk merayu nak masuk final. banyak jugak lah alasan yang aku buat. huhu. berperah-perah otak aku nak pikirkan alasan yang patot kene bagi. semua kengkawan aku, aku suruh pikirkan alasan yang munasarawak untuk kesesuaian lecterer yang cerewet nak mati tuh.

btw, aku adew topic panas lagi sepanjang aku tak update blog nih. nak tahu apew??haha. nanti jela aku story de mory kat korank owh. aku tetibe malas pulak nak taip panjang-panjang nih. huhu. sebab esok aku nak  stdy tok paper 4 hrbulan tuh. huhu....

sekian~

5/01/2011

Hey TUA!!!

Hai Semua,
aku rasa dah lama gile rasanya aku x update aku punyer blog nih. dah jadi macam pekasam buruk dah. hehe. nih semua pasal busy MGP (malam gemilang putra) plus Assignment yang lambat nak siap plus masalah rumah tangga and so on. haha. jap-jap, nih bukan cerite yang aku nak cete kan.

*cerite ini tidak ditujukan kepada sesiapa, nih just luahan hati jew. kalau korank adew sesuatu nak cakap kan, just PM aku kat facebook or comment kat bawah tuh yew. kalau rasa-rasa buhsan and dah fedup nak bace. so korank tekan jew button X kat atas web browser korank tuh. kan senang. haha.

luahan pertama,
baru-baru nih aku dapat terima banyak wish birthday dari facebook sempena besday aku. tetibe aku teringat kembali time-time aku kecik dulu. dulu kalau besday mesti dapat apew yang aku nak. *alah korank pon macam tu jugak kan?. tapi skarank nih, aku rasa apew yang aku mintak mesti xdapat. lately aku macam berangan-angan nak makan kek secret, but at the end of the day, satu kek pon xdapat. adew jugak parent aku peruntukan duet untuk beli kek, but aku still x beli kek sebab adew mende lain yang nk kene bayar. aku rasa macam bile dah besar nih, aku rasa lain. macam kene abai jew. mungkin sebab birthday aku jatuh pada masa-masa kengkawan aku tengah sengkek plus dalam mood final exam kan. tu kowt sebab dye. tapi rasa terasa jugak, orang lain parent buat bbq party untuk dorang, or balik rumah and mama masak kan masakan kegemaran untuk dorang but aku...rasa macam terbuang abis, tapi nasib baik adew kengkawan yang buatkan aku x terasa terabai.

walaupon dalam busy sebab final exam, aku gagah jugak keluar same kengkawan aku untuk hiburkan hati aku sikit. yela, nanti kalau duduk bilik jew, sedey pulak kan. so aku pon jenjalan ke alamanda untuk tenguk wayang, tapi sebab adew membe aku nih adew paper besoknyer, so cancel tenguk wayang. hurm hampa betol. sepanjang hari bes tuh, aku rasa gembire sangat-sangat sebab dapat kua dengan membe aku. tapi jauh disudut hati aku, aku sedey sebab xcelebrate same parent aku kat rumah tuh. yela dulu time diploma, memang tak dapat pon nak celebrate kat rumah sebab jaoh kowt. sapew nak belikan tket flight dari bintulu sampai kl pergi-balik kan. so skrank nih aku rasa, aku patot pon celebrate same parent aku dekat rumah tuh. tapi aku buat sebaliknya. aku hangout same kengkawan aku, and yang paling sedey skali, parent aku bagi duet untuk celebrate dengan kawan. kadang-kadang rasa macam kejam pulak kan sebab kite nak happy-happy gune duet parent. rasa macam kecian dengan dorang. dorang dah lah keje siang-malam untuk bagi kite duet belanje. sekali kite joli same kengkawan macam tuh jew. rasa macam unfair lah bagi dorang. tapi aku xtahu nak cakap macam mana. diri aku kadang-kadang rasa kecian tapi still jugak mintak duet kat parent aku. kadang-kadang lepas parent aku bank-in jew duet terus aku msg or call nak cakap terima kasih. aku anggap dengan mengatakan terima kasih tuh, aku akan rasa lega dari rasa bersalah sebab gune duet parent aku tok joli-joli.

so bersempena dengan umor baru aku yang berangka duadua ni, aku adew tulis beberapa garis panduan baru yang patot aku ikowt sampai next angka tuh berubah. hehe. tapi takkan aku nak mention kan kat dalam blog nih kan?mestilah kene simpan sendiri-sendiri jew. or dalam note pad iphone aku kew kn?hehe. tapi semuanyer adela berkisar pasal:

1) hormat plus hargai pemberian parent and orang lain.
2) cuba jage hati orang lain even hati sendiri tak terjage.
3) cuba buat kerja or task satu-persatu.*jangan gelojoh nak buat semua kerja dalam 24jam...
4) cuba untuk tidak buat muke or body-contact yang membuatkan orang lain terasa or salah faham.
5) tolong semua orang walaupon diri sendiri tak tertolong sebab nanti adew jew bantuan daripada ALLAH. *hehe,yakin~
6) cuba menggunakan duet dengan lebih berjimat dan kalau ada lebih tuh, belanja kengkawan sebab adew bapak aku cakap yang harta yang ada pada kita tuh bukan semuanya hak milik kita, adew part atau hak orang lain pada harta kita tuh.*so jgn kedekut sgt kay~
7) cuba jangan cepat terasa if orang lain xmampu untuk jadi macam apa yang kita mahukan. sebab kite tak de hak untuk mengubah seseorang itu unless diri dye sendiri terbukak hati untuk berubah.

*dah lah.banyak lagi sebenarnya, adew more than 50 aku adew tulis. semua tuh perkara yang wajib aku ikowt sepanjang angka umor aku dalam angka yang sama.hehe.

luahan kedua,
kadang-kadang aku xtahulah samada orang paham ke x masalah aku. or dorang just ambik macam endah tak endah jew. aku dah lah adew masalah family, masalah dalaman, masalah kewangan, masalah kelas, masalah dengan lecturer. tapi dorang macam pretending macam tak faham dengan masalah aku. alah obius lah kalau korank tenguk aku diam jew. maknenyer adela masalahnyer tuh. tapi nih tidak, still pretending macam aku nih orang yang paling free dalam dunia. bile-bile mase boleh ajak meeting, bile-bile mase boleh ajak lepak. memanglah aku nih jenis kaki jalan, but sometime, aku rasa macam stress sendiri-sendiri jew. nak pergi jumpe kaunselor, malu pulak. so aku pon blur and diamkan diri jela. kadang-kadang tuh rasa adew kawan tapi macam tak adew kawan. kite rasa kite bole cerite same dorang but dorang just akan cakap "hurm,kecian ko", "xpew saba owh" dan ayat-ayat yang dorang bagi same jew.

aku bukan nak jadi selfish kan pentingkan hati aku jew. or nak kengkawan aku dengar cete aku jew kan. but sometime, cube lah tanye aku kew.haha. *tapi kalau aku tengah betol-betol marah jangan pulak korank pegi tegor macam biase, nanti adew penangan selipa jepun terus ke dahi.haha. tapi seyes, kalau korank rasa korank nak cerite masalah korank, korank cerite jew dengan aku. aku ok jew tuh. and if korank dah cerite dengan aku, barulah aku akan bukak cerite pasal aku pulak. so adew lah konsep "give and take" kan?. nih x, kadang-kadang tuh aku jew yang berceloteh lebih tapi dorang simpan-simpan. macamlah aku nih jenis yang bagitahu semue orang. geram owh kadang-kadang macam tuh. rasa macam nak pelempang jew. lagi satu kalau tak nak cerite kew, so xpayah lah bagi hint-hint yang adew cerite kat aku. nih buat aku tertanye-tanye sangat. tapi xpela. semue orang adew cerite masing-masing yang xpatut diberitahukan.

aku rasa aku kene bercuti kowt. but seems budak asasi akan masuk xlama lagi, so aku pon mane lah adew cuti nak balik rumah. kene jage kolej jew nanti. arghh. rasa stress tapi best kadang-kadang macam tuh. membusykan diri. so aku terlepas daripada terfikir masalah-masalah yang lain. bukan aku nak cakap aku xselesaikan masalah yang lama tuh. just nak lupa kan sekejap tok fikir apew yang jadi seterusnya. dulu aku rasa aku dah cukup tabah dah dengan apew dugaan yang ALLAH bagi kat aku. but skrank nih bertambah-tambah sangat. tula semua masalah nih berbalik kepada tajuk asal iaitu tua. bila kita dah tua, mesti akan banyak lagi masalah yang kita tempuh sampai lah kita betol-betol dah tua ganyut yang dah susah nak gerak tuh. so at that time, apew yang kita harus fikirkan adalah BERIBADAT PLUS KEDATANGAN AJAL. ishhh takot pulak cerite bab-bab kematian or ajal nih. sebab amal ibadat masih xcukup kowt.

sekian~